MENGENAI SOBIMORAS

TUJUAN

Tujuan program ini adalah untuk membimbing dan membantu murid-murid Orang Asli Tahun 2 yang masih tidak menguasai asas membaca atau masih Tidak Menguasai K1-K2 dalam saringan LINUS. Di samping itu, ia juga memberi pendedahan kepada guru tentang teknik dan kaedah pengajaran serta bimbingan yang sesuai untuk mereka laksanakan di sekolah dalam menangani masalah murid Orang Asli.

LATAR BELAKANG

Program Saringan Literasi dan Numerasi atau dikenali sebagai LINUS ialah salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA) Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2010.  Tujuan LINUS dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi seawal mungkin supaya program-program pemulihan yang bersesuaian dapat disediakan.

Sasaran LINUS supaya semua murid-murid kecuali yang mempunyai masalah pembelajaran atau murid dari golongan orang kurang upaya (OKU) dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah.  Sebanyak 2 saringan akan dijalankan setiap tahun mulai Tahun 1 sehingga murid tersebut berada pada Tahun 3.
Selepas Saringan 2 dijalankan ke atas murid Tahun 1 pada tahun 2014,  didapati murid yang belum menguasai literasi  adalah masih tinggi.  Bagi mengatasi masalah ini,  pihak Jawatankuasa Kerja LINUS PPD Kuala Kangsar bersama-sama dengan PPD Batang Padang, Perak Tengah dan Kinta Selatan bercadang  untuk menganjurkan satu program bagi membantu murid-murid tersebut dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Sehubungan dengan  itu,  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja LINUS, memutuskan sekolah yang masih mempunyai bilangan murid K1-K2 Tahun 1 2014 yang belum menguasai asas literasi selepas Saringan 2 akan menjalankan program khusus atau dipanggil  SOBI MORAS untuk membantu murid-murid ini,
Copyright @ 2015 SOBIMORAS. Designed by Templateism | MyBloggerLab